Wednesday, September 7, 2011

                  kehidupan ini satu misteri . kita tidak dapat menjangka sesuatu yang akan datang dan pergi . begitu juga dengan ajal maut , jodoh pertemuan , semuanya di tangan tuhan . yang perlu kita yakin adalah semuanya terletak ditangan tuhan , ya kita telah berusaha , bermacam-macam cara telah kita lakukan , setelah penat berusaha maka kita berputus asa lantas dengan mudah kita mengatakan yang dia bukan jodoh kita . jikalau begitu . jodoh bukanlah ditangan tuhan . jodoh ditangan manusia . tak begitu???

                   ingat jodoh ialah ditangan tuhan . bagi aku tuhan memberi 50% jodoh itu kepada kita . lagi 50% adalah usaha daripada kita , kita tidak boleh dengan hanya mengharap semata-mata . kita tuhan ke? dia tuhan?? . ingat kita adalah hamba . maka kita kenalah berusaha untuk menentukan dia adalah jodoh kita . ingat 50% . hendak cakap jika kita mengahwini seseorang dan dengan yakin kita cakap dah jodoh kita dengan dia . and then 5 years later cerai . then bagi alasan tade jodoh . heeyyy! wtf . tadi mula-mula cakap dah jodoh . then cakap dah tade jodoh . boleh ey camtu??

                   usaha doa dan tawakal . insyaAllah . akan menjadi . hubungan ini memerlukan kerjasama dari dua belah pihak . tidak akan menjadi sesuatu hubungan jika sebelah pihak sahaja berusaha dan sebelah pihak tidak . maka kedua-dua haruslah berusaha . ingat kembali memori-memori indah bersama . ingat! tidak semua manusia busuk .dan tidak ada seorang manusia pon yang 100% busuk . dan ingat semua orang layak diberi peluang . 


~YA ALLAH AKU BERMOHON KAU PELIHARALAH PERHUBUNGAN KAMI INI
KAU JODOHKANLAH KAMI
AKU TIDAK MAHU MEMBUANG MASA DAN WANG UNTUK WANITA YANG BUKAN UNTUK DIRIKU~

AMIN~

Tuesday, August 30, 2011

diam dan sabar

kata tidak selari dengan hati
tindak bertanduk menikam diri
berdiri jatuh bangun sendiri
apa mahu engkau begini dan cuba bertanya mengapa berdiri sedang kaki hanya ilusi?

Badan konon gagah mahu memaksa
tangan konon perkasa mahu berjasa
kaki memasang langkah tunjuk laksamana

terludah satu kenyataan bahawa kita semua sama

kerah tekak meluah segala isi
segala erti
segala apa rasa hati ini

apa kau temu?
Benci?

Apa kau rasa?
Puas?

Diam dan sabarlah

Sunday, August 21, 2011

jasad

Aku sendiri
Aku menyepi
Aku semakin terasa diriku sendiri
Aku sunyi
Airmata menjadi murah
Apa aku murah?
Aku mahu aku
Kau tahu tapi kau laku
Terangkan ku kenapa?
Aku mencuba tapi tidak
Aku merasa tapi tiada rasa
Aku sendiri
Akan aku cuba mencari arti
Mengapa aku harus sendiri

Friday, August 19, 2011

aku nak kawin

setelah membaca banyak artikel-artikel kat blog pasal kawin . aku mengambil keputusan nak kawin .!! ak nak kawin doe . siyes . tapi banyak yang ta cukup lagi , tapi dorang cakap macam mudah je . haaaaihhh . lame lagi boleh tak lajukan masa ? nak laju 4 tahun je . time tu aku da 25 . waktu yang sangat sesuai untuk kawin . walid pon cakap cmtu . ak nak kawin .


Ya Allah
kau panjangkanlah jodoh kami
kau peliharalah hubungan kami
kau jadikanlah dayang amalina bte hussin sebagai isteriku
aku hanya mampu merancang ya Allah 
tetapi sebaik-baik perancangan adalah datang dari engkau ya Allah
sesungguhnya kau tahu apa yang terbaik untuk kami
Ya Allah
  kau murahkanlah rezeki aku
kau cerahkanlah masa depan ku 
kau makbulkanlah permintaan hambamu ini ya Allah

amin-amin ya rabbal alamin~


Tuesday, August 9, 2011

kata puaka!

kata ini jahat , kata ini puaka , kata ini menjadi punca
hati ini bersih hati ini suci hati ini sangat sayang
tapi kata ini sering mengeluarkan perkataan-perkataan yang jahat
langsung tidak selari dengan hati

hati ini tersangat sayang
tapi kalau sayang mengapa sering menyakiti?

hati kata kau sudah berubah
akal mengakui
nafsu menggeleng tanda nafi

jelas tidak selari
ego makin meninggi
panas lupa diri

maafkan aku!
aku hilang diri ini
aku hilang rasa suci ini
kekasaran , makian
makin melilit tanpa aku sedari



p/s : layakkah aku menerima maaf darimu . aku butuhkan kemaafan darimu

Monday, August 8, 2011

tanpa tulisan

kadang aku sengaja membiarkan diri aku kosong .  kerana kadang kosong itu indah . kosong itu menawan . sedang aku tersenyum , sedang aku keseorangan . kosong sentiasa bersama aku . sengaja aku lengahkan semua . sengaja ak kosongkan jiwa . sengaja aku bangangkan rupa . kerana aku aku tidak pernah meninggalkan kosong . kosong . cantik nama kau . kadang ku lihat rupamu bangang . kadang ku lihat rupamu janggal . diamati . dihalusi . ternyata kau indah kosong . aku tersenyum keseorangan . ya mungkin gila . mungkin menjadikan kosong sebagai teman akan dianggap gila . kosong tidak malu kenapa harus aku . aku manusia pelik . aku manusia aneh . sengaja aku hindarkan semua . karna aku tahu bukan semua ingin bersama aku . sengaja aku burukkan rupa , kerana hanya kosong yang mahu aku . sengaja aku tinggikan suara . bagi kalian takut mahu mencampuri ku . mula kosong , kosong memberi isi . aku memberi erti . erti terhenti . melilau memandang arah tuju erti ! . apa bodoh kau erti? palingkan kepalamu pasti ketemu destinasi . bodoh! bebal ! bangang ! kosong tersenyum , aku tersengih bangang . ahahahaha . hey kosong tidak pernah bosan dengan aku . kosong tidak pernah marah dengan aku . "kau tak berperasaan kosong? tapi kau mampu tersenyum??? mungkin kau meniru caraku . maafkan aku kosong . kadang ku ketemu penuh ku abaikan kau . kadang ku ketemu mereka ku abaikan kau . tapi kenapa kau masih setia . masih bersama walau bermacam sialan aku laku terhadap kau?? karna kau kosong? ya kau kosong! ahhh ! dimampuskan bersama termampuskan semua! hulurkan aku rokok kosong . biarku tambah teman kita . biarku tambah rasa kita . biarku duga yang semua ini bukan imaginasi semata . lihat lah semua ! saat bersama duka terlaksana , saat sengsara tersenyum indah pasti meruntun luka , kata bodoh mungkin bahagia . asal sama kita gembira . kosong kosong kosong kosong kosong .

 kepulan asap muncul . melilit sebatang tubuh kosong . masuk kerongga merayau tak tentu hala . yang melihat hanya sepasang mata , yang mendengar hanya jiwa . jiwa kosong hati pesong . bukan terpesong hanya memesong . bukan merapu hanya kata-kata sang kosong . yang selalu kosong

p/s : aku rindu kau! sgt3

Sunday, July 24, 2011

awak

Aku tak malu kejar cintamu
Aku tak malu jatuh egoku
Karna ku bahagia bersama kamu

Awak 0rg syg awk sgt3!

imaginasi fantasiku

Aku menulis kerana jiwa , kerana rasa dan kerana aku dahaga dengan perasaanku , aku rasa semua sempit , panjang dan gelap .

Aku seorang dalam lorong itu , aku termenung , mendongak aku kearah langit , aku pejamkan mata dan bernafas aku dalam kiraan tiga . Aku sedari , rendah lompatan aku untuk menggapai bintang di langit .

Aku tersenyum sambil menangis , aku terdiam aku membatu , lalu aku cucuhkan sebatang rokok sebagai peneman kesunyian aku . Ku renung setiap kepulan asap , indah!

Aku ditegur angin , aku dimaki jasad . Hey ape korang nak ek?! Diam seribu bahasa , mungkin terkejut dengan makian aku ,

Aku menggenggam sebutir pasir di tanah dan ku lambung ke udara , tinggi dan terus menghilang . Ku lambung lagi sebutir dan aku terbang bersama sebutir pasir tadi . Tinggi terbanganku . Aku lihat awan seperti pelangi , berwarna warni . 0h indahnya! . Aku memilih awan berwarna pink kesukaannya . Aku tulis namanya diatas awan , aku cium dan ambil tulisan itu dan tiup ke udara , cantik layangannya .

Aku berjalan di atas awan dan cuba untuk berkawan dengan alam , ternyata ia tidak sombong .

Telahpun aku tinggalkan lorong sempit , panjang dan gelap itu dan pergi untuk berjalan diatas awan berwarna warni . Disaat kebahagiaan itu . Aku mahu kau bersama aku menikmati keindahan imaginasi fantasi keseoranganku :)

cangok

cangok tidak berbaju
itu aku
petak berlampu dan berwarni
itu kamu

kotak berbelang
panjang lagi padat
itu puas
bekas berkaca
likat dan berkaca itu hebat

help me!
Im fuking cangok!

Wednesday, July 13, 2011

sayang awak

ape-ape je lah!
Break!
Cari gf lain!

Ak benci perkataan nie

letih
bosan
penat

aku lemah dengan perkataan ini

rindu
cinta
sayang

aku paling suka perkataan ini

demam
batuk
selesema
sakit perot
sakit badan

syg jage kesihatan tau

p/s i love u

Monday, July 11, 2011

separuh dari akuseparuh dari aku

Kata tidak mencukupi . Senyuman memberi erti .
Supaya lebih mengasihi .
Ketahuilah hanya kamu yang ingin aku miliki

Separuh hati kamu , separuh hati aku .
Jika dicamtumkan akan menjadi kita . Tidak lengkap aku tanpa kamu .
Tidak lengkap kamu tanpa aku .

Bergeraknya bibir kamu . Sepenuh perhatian akan ku beri .
Setiap gelak tawa mu aku tersenyum puas .
Setiap rintihan kamu , pasti berkerut dahi ini .

Setiap kali kata cinta terluah darimu
Setiap kali itu aku tersenyum malu .

Setiap jeritan kamu , setiap keluhan kamu , setiap rungutan kamu
maafkan aku
kerana itu semua salahku

hey awak tahu ape erti kasih?
Kasih itu awak .
Awak tahu ape erti sayang?
Sayang itu orang .

Awak tahu kenapa org nak selalu ade nan awak?
Sebab awak sebahagian dari org .

Awak tahu kenapa org selalu rindu awak?
Sebab awak tak jumpe jalan kluar dari hati 0rg .

Awak tahu kenapa org nak awak jadi isteri org?
Sebab org da ta perlukan wanita lain jd isteri org

Awak tahu kenapa org rase org bertuah dapat awak?
Sebab org ta penah sebahagia nie .

Awak tahu kenapa walpaper org gambar awak?
Sebab tade gambar pumpuan lain . Hehe . Gurau . Sbb awak chentahati org . Supaya org boleh sentiasa tgk gmbr awk ble org nak . Kdg2 tu tipu diri sndri . Konon2 na tgk jam . Padahal na tgk gambar awk . Hehe

I l0ve u so much sayang <3

akulah sicacat

Aku menulis dengan minda
Aku melukis dengan mata
Aku mewarna dengan hati
Aku merasa tanpa lidah

Berjuta nota telah aku tulis
Lemas aku dalam tulisanku
Berjuta gambar telah aku lukis
Lumpuh aku dalam lukisanku
Berjuta pepejal telah aku warna
Semput aku dengan warnaku
Berjuta wajah telah aku rasa
Setiap satu rasa yang sangat berbeza

Akulah

Cacat rupa
Cacat kata
Cacat bahasa
Cacat segalanya

Saturday, July 9, 2011

konon mampu

Wah!
Sudah mmpu bdiri
Sudah mmpu menyanyi .

Wah!
bila mmpu bdiri ,
Kini kau sudah berlari?

Wah!
Semakin laju kau berlari ya?

Apa!
Kini kau sudah mampu terbang?
Hebatnya engkau .

Hati-hati !
Atas banyak ruang
Bawah banyak lubang

senyuman siang

kerja dimulakan .
Dengan berkat mentari pagi ,
tanpa perlu myuruh pergi.
sekeping kertas mjadi taruhan,
rezeki alam anugerah tuhan .

milik kita

Jika manisnya cinta terletak pada kita
Jika dalamnya rindu terletak pada rasa
Jika tingginya kasih terletak pada jiwa
Jika tebalnya sayang terletak pada mata

Apa gunanya kata-kata?

Tapi indahnya kata-kata?
Kata-kata yang mampu mengubat hati
Kata-kata yang menyakiti yang bisa mengguris sekepimg hati
Kata-kata yang mampu mempengaruhi emosi

Hebatnye kau kata-kata
hanya perlu dihalusi dengan suara dan intonasi
Tanpa menilai karakter dan latar peribadi

deria aku

Hujan terjun ingin membetul jasad
Angin meniup cuba menutupi telinga
Pokok melawan arahan angin
Roh menolak kehadiran jasad

Alam beserta tubuh memijak nafsu
Terbaring jasad akan kehendak alam
Hati menangis akan kerakusan nafsu
Nafsu puas akan kebodohan jasad

Anggota memberontak terhadap otak
Akal terdiam
Jasad meronta
Roh termenung

Aku membisik pada semua
Aku menangis tertunduk duka
Termenung
Tertiarap
Tersungkur pada dunia

Dunia menunduk
Langit mengharap
Bintang malap sinaran kelam

Aku sarap dengan diriku

Apa aku hilang rasaku?
Apa panca dan indera menorak diriku?
Apa semua membenci diriku?

Siapa aku!?

keluhan kesakitan

Bersuara dipaksa diam
Diam tertunduk mulut mengomel
Dihentak ditendang sikaki bayang
Mencari pesalah dihentak meradang

Aku bimbang akan hilang diriku
Sedang dunia menjerit meminta kudratku
Aku sedar aku mampu
Aku bersuara aku kaku

Aku ditahan oleh jiwaku
Aku berlari bersama nafsuku
Akal memaksa berhenti
Takut jasad mati sendiri

Tuesday, July 5, 2011

dialogue

Keputusan harus dibuat
Masa bergerak meninggalkan aku
Sudah diajak borak . Tidak dihiraukan sapaan aku . Ceh meny0mb0ng
Keputusan harus dibuat .
Keputusan bukanlah jenis yang penyabar
Demi masa dan kedepan
Ah! Beri aku jalan!
Jalan dah ada tinggal kau pilih!
Mane nak pilih? Banyak nie!
Ade kecik , besar , luas , sempit !?

Keputusan harus dibuat
Cepatlah !
Buatlah keputusan!
Janganlah desak aku ! Bagi aku masa
.
Berapa lama?
Berapa lama masa yang kau perlukan?!
Sabarlah biar aku fikir.
Berapa lama!
Sekejap la . Sabar boleh tak?
0k .

(dua jam kemudian)

Berapa lama lagi?
Sekejap ! Tadi aku hampir jumpa
Dimana?
Sana! Eh tadi ada
Ah ilusi semata!
Ye ! Sungguh! Tadi aku jumpa!
Kalau begitu mana!
Sebentar nanti pasti ia kembali.
Mana!?
Mana!?
Mana!!?
Aku sudah tidak boleh menunggu
Masa sudah berdendam dengan aku!
Maaf!
Tidak diterima!
Mana?
Kejap!
Mana!?
Zalim sungguh engkau!
Ah peduli apa! Mana!?
Kau diam !!!
Aku diam?
Ye ! Kau diam!!
Baik! Aku diam.

arahanku

Setiap persimpangan telahpun aku sekat, aku sekat dengan erat ,
daging yang terkumpul yang dinamakan sebagai otak tidak dibenarkan untuk berputar ligat . Kerana itu adalah atas arahan aku . Maka si otak pun tunduk akur dengan arahanku . Aku buntu . Dengan tidak semena-mena kedua tanganku bergerak sendiri ke kepalaku . Belum sempat aku memarahi kedua tanganku . Dengan pantas ia menggerakkan jari-jemari untuk memicit kepalaku . "wah pandai betul kau mengambil hatiku" , berkata aku pada tanganku . Kedua tanganku tersenyum atas kata-kataku . Tetapi lain pula yang berlaku . si jari-jemari mula mencebik kearah ku sambil berkata "ah dia gerakkan aje ! Kami yang buat kau selesa" . Aku tersenyum . Lalu aku pun mencium jari-jemariku tanda terima kasih aku kepada mereka . Kelihatan jari-jemari amat terharu dengan tindakan aku . Kemudian , si otak yang ku arahkan supaya tidak berputar menunjukkan tanda-tanda pemberontakan . Aku cuba meninggikan suara dengan harapan si 0tak akan akur dengan arahan aku . Ternyata si otak tidak mengendahkan arahan aku . Sedang si otak berputar . Seluruh anggota badanku turut melakukan pemberontakan ,tangan yang tadi bersahabat dengan aku mula mengeluarkan kata-kata kesat , kaki mula mengeraskan otot-ototnya , jari-jemari kaki bergerak-gerak . Semua anggota badanku menunjukkan pemberontakan . Semuanya semakin biadap dengan ku . Puas aku memujuk mereka supaya mengikut arahanku . Cukup teguh pendirian mereka . Semua memaling kearahku . Semua melemparkan kata-kata kesat kearah ku . Ah! Aku sudah tewas . Aku tewas dengan anggotaku

Sunday, July 3, 2011

andai mampu terbang

sedih memang pedih
luka memang perih
sakit memang berdarah

aku

kelihatan seorang
kelihatan sesuatu
kelihatan sang haiwan

meminta secebis luahan
seulas perhatian
secubit  rasa untuk disimpan

tidak perlu banyak
takut termuntah
jangan hanya sedikit
takut kehausan

sederhana sahaja sudah mencukupi

mungkin tidak tepat masa?
mungkin tidak kena waktu?

Saturday, July 2, 2011

angan

Sudahlah
Susunan tidak diterima
Hamburan hanya seketika
Pejam kataku
Hilang bentakku

Besi disusun menjadi kayu
Dihentak patah lalu layu
Meleleh masuk ke setiap inci r0ngga

Tertutup siap !
Rapat !
Hingga tiada daya aku bgerak
Aku kaku !
Aku kaku dengan lelehan itu

hilanglah kau hilanglah

Coretkan semuanya diatas tulisan
Lukiskan semuanya dalam pemikiran
Hembuslah .
Dan biarkan ia diawang awangan
Ia terbang , terapung dan hilang dari pandangan .

Susun!

Jgnlah mengganggu!
Aku tidak mahu engkau!

Atur rapat-rapat!

Agar semuanya kelihatan kemas .
Biarkan aku tercampak dalam ruangan idaman aku .

Sudah puas hati ?

Senyumlah!
Indah bukan?

tidak terdaya bertapa

boleh berkata ,
boleh berdusta ,
smpai bila mahu kau berpaling
dgn dunia yang nyata .

Hdup tidak terlalu lama ,
semuanya hanya bersifat
sementara ,
sampai bila kau mahu berpaling
pada kebenaran?

Dongakkan kepalamu tanpa
samaran .
Tunjukkan segala konspirasi
konon cendekiawan ,
yang hanya disokong dan
disanjung oleh sang anjing yang
dianggap sebagai kawan .
Silakan menuju ke neraka wahai
sang lawan .

setiap simpang perkataan telah
pun ditawan
sudah lali dengan pergerakan
badan yang membawa
kecelakaan
mengertikah kau wahai sang
kawan?

mahu diturut , tidak pun di ikut
tidak dilawan mahupun
berkawan
belum sempat berjuang
sudahpun ditawan

perasankah??

terlihatkah??

pandanglah . renunglah . lihatlah
persoalan hanya mampu
diungkapkan , dihuraikan
mahupun diperdebatkan .
tapi tidak bisa untuk diselesaikan
Pulanglah..

Monday, June 27, 2011

Untukmu

Inginku luah segala jenis perasaan,
Inginku teriak tanpa ku mahu ada yang mendengar,
Inginku menangis tanpa menitis air mata,
Inginku ketawa tanpa ada yang suka .

Segala apa yang kau suka,
Segala apa yang ku rasa,
Semuanya adalah segala-galanya,

Aku bisa jerit pada dunia bahawa aku cinta kamu,
Aku bisa terbang kepadamu semata mahu ucap selamat tidur kepadamu,
Aku bisa ucap semua kata cintaku ke telingamu,

Aku bisa buat semuanya untukmu
Karna hanya kau yang ku mahu jadi isteriku.

Setiap perasaan yang terluah,
Setiap perkataan yang tertulis,
Setiap kata yang terucap,
Tahukah kamu yang aku amat mencintaimu .

I love u d.a.h <3

bermula

semuanya bermula dengan suatu hari . Niat pertama hanyalah untuk bertanya . Entah kenapa , lama-lama boleh mendatangkan suka . Segalanya tidak dirancang , tidak diharap jauh sekali untuk mengharap . Dah jadi setiap ketentuan . Persahabatan yang disemai , tumbuh mekar menjadi satu perasaan yang dinamakan cinta . Sekali lagi ia tidak dipinta . Ia hanya datang dengan tiba-tiba . Aku bersyukur atas hendaknya . Aku menjaga dan membaja dengan semua daya . Dengan harapan direstui olehNya .

Segala makian rayuan paksaan dan segala macam luahan semuanya adalah kerana sayang . Semakin bercambah perasaan itu , semakin kuat lah perasaan aku terhadapmu . Itulah hipotesis percintaan . Hanya kita yang rasa segala kemanisan . Hanya kita yang rase setiap kepahitan . Hanya kita yang berdoa untuk perhubungan kita . Penghalang? Pasti ada . Tidak terlepas setiap perhubungan dengan halangan . Halangan yang aku tahu kita mampu alihkan . Kerana tidak akan berakhir halangan sehingga hembusan terakhir . Tetapi . Percayalah . Akan ada aku disetiap halangan yang menimpamu . Akan ada kamu di setiap halangan yang menimpaku .

Sayang ,
0rang bersyukur atas kehadiran sayang ,
0rang bersyukur atas kasih yang sayang berikan ,
0rang bersyukur atas kemahuan sayang tok jadi chentahati 0rang .

Terima kasih sayang.

0rang akan buat yang terbaik utk sayang agar tiada penyesalan dihati sayang dengan keputusan yang sayang buat untuk bersama 0rg

Selamat ulangtahun perkenalan kita yang pertama dayang amalina

I love u so much <3 <3 <3

Moge kita sentiasa bersama hingga ke akhirnya . Amin~

Sunday, June 26, 2011

rindu :(

rindu nie datang dengan tiba-tiba . Tanpa perlu dipaksa , tanpa perlu diminta . Dengan adanya rindu buat kita bertambah sayang . Jarum panjang dah pergi ke arah no 6 dan jarum pendek pula da pergi ke arah no 2 . Mata masih tidak mengantuk . Semua adalah kerana rindu . Hebatnya kao rindu . Disebabkan kau mata aku ta mahu layu . Rindu kat sape? Rindu kat chentahati la . Sape lagi . Hurm . Da tdo da pon dier . Kao la yg buat dier majok sape suruh . Tengok dier da tdo dulu . Tade pon manje-manje . Baru ingat nak manje-manje malam nie .
Sayang orang rindu suare manje sayang . Bila dengar suare sayang tu . Sejuk je hati orang neh . Hurmm rindunye :( . Sayang orang neh da la comel . Merajuk lg . Hurm bertambah-tambah la comel dier . Sayang orang neh comel tak? Hee 'comel!' . Itulah jawapan dier setiap kali orang tanye dier comel ke tidak . Hehe . Ily sayang . Sayang ! Sayang kene jage diri elok-elok tao . Org ta suke sayang org neh demam , selesema , batok atau lain-lain . Nanti kesian dier . Hurm .

Sayang orang neh tamo lupe orang k . Ingat yang orang sentiasa ade untuk chentahati orang neh . Orang rinduuu . Mesti comel kan tym sayang tengah tido . Hurm . Nak kawin nan sayang ! Kte doa k . Amin.

semuanya untuk kamu

           orang ta tahu dimana perlu orang mulakan dulu . terlalu banyak yg hendak diluahkan . terlalu banyak hendak dicoretkan . terlalu banyak yang hendak dikongsikan . orang rase biarlah orang mulakan dengan perasaan . perasaan yang sering memaksa orang untuk meluahkan segala-galanya .

            orang seorang yang berterus terang , segala ketidakpuashatian orang akan orang luahkan kat sayang . orang minta maaf dengan sikap orang yang sebegini , sikap yang begini kerap melukakan hati sayang . sayang terlalu banyak perasaan orang kat sayang . terlalu banyak sampai orang rasa sayang tidak mampu pun menelan semua perasaan orang kat sayang . setiap ketakutan yang timbul ketika kekasih lama sayang  menghubung sayang kembali . setiap kerinduan yang muncul bila mendengar suara sayang . setiap kesedihan yang terluah bila sayang bersedih . setiap penyesalan yang timbul pabila sayang memarahi atas kesalahan orang

            orang sayang kan awak !

           orang akui perasaan cemburu orang nie kuat . kadang2 merimaskan sayang . kerana hampir setiap perbuatan sayang dengan kawan2 lelaki sayang menjadi satu kesalahan kepada orang . itulah orang katakan . perasaan sayang orang terhadap sayang terlalu banyak . sayang . orang tidak mahu mengatakan orang boleh tanpa sayang . orang tidak mahu mengatakan orang tidak boleh tanpa sayang  . apa yang orang mahu katakan ialah orang hanya mahu sayang . orang hanya mahu Dayang Amalina . satu-satunya perempuan yang sentiasa bermain di fikiran orang . yang sentiasa membuatkan orang jatuh cinta .

          hampir setahun perkenalan kita , sedetik pun tidak pernah rasa mahu meninggalkan sayang , sedetik pon tidak pernah hadir perasaan bosan orang dengan sayang . banyak kelemahan orang yang sayang terima , mengapa  tidak orang ? menerima sayang seadanya . asalkan perasaan sayang terhadap orang tidak berubah . banyak yang kita lalui sayang . manis pahit kelat masam , macam-macam . sayang still tahan dengan orang . yelah kadang2 tu terkehel sikit . its ok . orang faham . sayang nama sayang sentiasa ada didalam setiap doa orang . doa yang sentiasa orang panjatkan untuk kita berdua . memperisterikan sayang adalah salah satu daripada cita-cita orang . menjaga dan menyayangi sayang adalah perkara yang orang idam-idam kan ,

                                                           I LOVE YOU DAYANG AMALINA

           Sayang merajuk lagi malam nie , orang suka sayang merajuk . comel je . pastu kerek2 . dalam hati orang rase na cubit je pipi sayang orang nie . sayang . orang hanya mahukan sayang tao . orang akan sentiasa menjaga sayang . biarlah semua orang nak memandang serong kat kita . tidak mengapa . asal kan kita bersama  . kerana hanya kita yang mengerti kita . sayang bahagia dengan orang kan??? orang pon bahagia dengan sayang , bahagia sangat . gaduh-gaduh manja tu biasalah  . yang penting bahagia kita rasa .

           apa yang bermain di fikiran orang sekarang ialah , orang ta sabar na jumpa dengan chentahati orang nie . orang suka . mungkin sayang tak perasan . bila bersama dgn sayang . ada satu ketika yang orang akan berdebar dengan sayang . ada satu ketika orang malu dengan sayang . ada satu ketika orang cover-cover dengan sayang . (pemalu jgk ak nie) . orang suka tgk mimik muka sayang orang nie , comel sangat . mimik muka merajuk , mimik muka poyo , macam-macam lagi la . hey orang ialah orang yang paling excited na jumpe sayang . sayang sentiasa doa untuk kita k . moga kita dijodohkan bersama .

            member orang ade cakap . jodoh nie 50% je . lagi 50% usaha dari kita . kita berusaha ye sayang . kita wat yang terbaik untuk masa depan kita bersama . i love you sayang . *rindu sangat2 . hurmm . sayang tahu tak yang orang suka dengar suara sayang tdur . mungkin sayang tak perasan . bila sayang tidur orang suka cakap sorang2 dengan sayang . sebab orang ade bace buku . dier cakap bila seseorang tu tidur dan kita berkata-kata dengannya dia akan mendengar dan terus masuk kedalam fikiran dia . itulah yang orang selalu buatkan sayang . orang selalu bisikkan kat telinga sayang yang orang akan santiasa mencintai sayang . yang orang akan sentiasa menjaga sayang . yang orang akan menjadi suami sayang suatu hari nanti . insyaAllah . amin~ .

             i l y s m :)    dayang amalina binti hussin     . i m y :(

m a c h a m - m a c h a m

 
             sekarang tamat lah sudah segala kekusutan aku . segala kekusutan yang telah aku tinggalkan di perak , tapi dalam kekusutan ada juga kemanisan . ya . aku akan merindui semuanya . segala macam makian aku lemparkan kat tempat tu . tapi akhirnya tempat tu juga yg akan aku rindukan  :) . jika dulu ta sabar rasanya nak campakkan diri dari situ , sekarang kau dah pun tercampak . kejap je waktu berlalu , dua tahun aku kat situ . dari umur aku 19 sekarang aku dah 21 , lamenye .

           aku penah cakap kat kawan2 aku . aku lah orang yg paling tak sabar na abes blaja . nak lepak nan family . kawan2 , awek . sekarang aku na lepak nan korang doe . aku na lepak kat bilek korang . smbil borak . kita hisap rokok same2 , kita tgk muvi same2 , damn . aku rindu walaupun baru je beberapa hari tgglkan tmpt tu . entah bila lagi kita semua dapat lepak skali , entah bila lagi kita dapat makan sama2 . entah bila lagi kita dapat karoke kat jamban sama . ahahahah . 
           sekarang . apa yang ada dalam kepala hotak aku adalah mencari pekerjaan . urghhh paras jgk na cari kerja nie . yelah , kita nie bukan lepasan  diploma mahupun ijazah . tapi hanya lepasan sijil . ape la ade dengan sijil . kadang2 tu sedih juga bila pergi karnival kerjaya akk tu ckp "adik kiteorg hire lepasan diploma je" hurmm sayup je hati masing2 . but its ok . life goes on dude! kao tanak amek ak kerja . ak leh try tmpat len la . ta batak la tmpat kao (ahhaahah padahal da ta dpt . nak ngarok2 pulak .ahahaha)

            alhamdulillah mmbe aku nie ada tolong carikan tempat kerja . tempat da dapat da . tinggal na datang interview je . mudah mudahan dapat  . amin~~ .

Tuesday, March 29, 2011

aku mahu

AKU MAHU
 
Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku
Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu
 
        aku sangat menyukai dengan lagu nie . lagu nie selalu beri kekuatan kepada diri aku . lagu ini banyak mengajar aku erti kesabaran . mengajarkanku erti cinta yang sebenar . lagu ini megajar aku supaya mencintai kekurangan sebelum mencintai kelebihan seseorang . memang mudah untuk kita mencintai kelebihan , tapi mudahkah bagi kita untuk mencintai kekurangan
 
       ya! memang fitrah manusia , kekurangan merupakan satu kewujudan . tanpa kekurangan manusia tidak akan bisa mampu mendabik seperti sekarang .kekurangan mengajar kita kesungguhan . dan dari kesungguhan itu kita sentiasa dapat memperbaiki diri kita .
 
       tetapi . ada juga kekurangan pada kita yang tidak mampukita memperbaikinya  . dan jika seseorang itu dapat menerima kekurangan kita . pasti terbit satu senyuman kerana seseorang itu sangat istimewa . kerana dapat menerima kita seadanya

Saturday, March 5, 2011

8th month anni? hell yeah

                     hye chentahatiku . da lame orang ta tulis blog nie . orang minta maaf ye . orang na sangat update blog org . tapi ta de tenet kao umah sewa tu . so taleh la na update . takan la na update kat cc . no privacy! . heeee . sayang . orang meluangkan masa bersama sayang adalah masa yang orang sentiasa impikan . so bila orang dapat jumpa sayang . luangkan masa nan sayang . dapat borak-borak nan sayang . dapat g karoake dapat tgk muvi nan sayang orang suke sangat . yang paling orang suke . orang suke tengok sayang makan! . heeeee comel . lao dier makan mesti berselera ! beeeesh! sayang . sayang . kasih sayang orang kat awk ta penah kurang . sayang orang kat awak makin bertambah . jujur orang cakap orang bahagia nan sayang . orang selesa nan sayang .
                  
                     Sayang . orang da tutup mata orang untuk orang lain . sebab apa?? sebab saya ada dayang amalina bte hussin . dier sayang saya sangat2 . dier cinta saya sangat2 . n yang paling penting . dier terima saya seadanya lua mahupun dalam . sayang kita ta sempurna . so if orang ade wat salah sayang maafkan orang k . and sayang jangan risau if sayang ade buat salah kat orang . orang sentiase memaafkan sayang . i love u so much dayang amalina . sayang orang na sayang jadi isteri orang . orang sentiase mendoakan kita . sebab orang rase sayang da cukup layak tok jadi isteri orang :)  .
                  
                     Hey umi cakap pandai masak pandai kemas . ok . lao ta pandai reject! make sure sayang pandai kemas! eheeheheh . sayang kita da 8 bulan da sayang na masok 9 bulan . heeee . lao baby dalam perot tu . da menendang-nendang da . dalam ta sedar je kita da 8 bulan .

                      thanx sayang . terima kasih kerana sudi bersama orang semasa orang senang mahupun susah .terima kasih kerana sudi menangis da ketawa bersama orang . terima kerana banyak mengajar orang . terima kasih kerana menghargai cinta , kasih , dan sayang orang . sayang . terima kasih untuk segala-galanya . i love u . orang takan tinggalkan sayang . selagi kita jujur dalam hubungan kita . selagi kita percaya dengan hubungan kita . slagi kita tidak putus asa dengan hubungan kta . insyaAllah kita akan sentiasa bersama sayang . hey orang bahagia dengan awak nie . jangan berani2 ta bahagia nan orang . heeeeee .

i l y d a h <3

TAKE MY HEART :)

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

*Terima kasih sayang . sedap lagu nie . orang suke :) 

m.h.r  <3 d.a.h

Masam, Manis, Kelat

da agak lame ak ta update blog nie en . mcm2 bende dalam pale otak yg nak dicampakkan kat dlm blog nie :)

KERJA :               macam biasa semua kerja meletihkan . dalam bidang kerja yg ak libatkan diri ini memang meletihkan dan menyemakkan . na kena loading barang dari stor ke lori . pastu dari lori ke site(tmpt sesuatu event dijalankan) . dari site pulak na kene setup barang2 tu . yang latest nie ak dapat wat konsert maher zain yang bertempat di stadium malawati , Shah Alam antara artis yang terlibat adalah Irfan makki , Mesut kurtis , In-team dan tentu2 lah Maher Zain . kadang2 tu myumpah gak nan artis2 nie . diorang datang . amek mic pastu nyanyi . pas nyanyi blah . pastu kteorg nie la yang terkongtang kanting , demi untuk menjayakan konsert dorg . macam biasa la artis top kan ( ak kenal maher nie pon dari awek ak . lao ta mmpos ak ta kenal) . bodyguard dier ta nak ramai pulak . haih . ok tym show tu barulah ak tahu yang maher nie rupanya bersepah fans dier kat malaysia nie .siap ade fanclub lagi .
                          
                             wah mantap jgk lu nie maher . na dijadikan cerita . ak tolong pasang in-ear tok maher nie . so ble show abes . ak minta la kat maher nie in-ear tu . skali dier punye manager bukan main kecoh lagi . so nak tanak ak terpakse la follow maher smpai kat bilik dier. dier punye bilik tanak ramai pulak bodyguard . so ak ckp la ak dari mubari then ak na amek in-ear tu . t lao menatang tu ilang sape yang na bertanggungjawab! haih . ok show abes . now is kicap tym . keje mmg paras . melanau abes . tgah2 kteorang bersungguh-sungguh na menyiapkan keje nie . ade pulak minah2 n mamat2 fanclub maher nie na bergambar la pulak . haih . melembabkan keje ak la nie . haih . na bgambar atas stage je . g la bgambar kat bawah . semak tol . settle sume keje dalam pukol 5.30am . haih . keje keje keje!



FAMILY:              Dalam bekerja nie . family tidaklah harus dilupakan . hehe . cam biase ak sayang emak bapak ak . ak sayang adik beradik ak . ak sayang awek ak . ak sayang kawan2 ak . but now ak na cte sal family ak . hurm . abg sayang umi! hehe . tengah2 keje tu kadang2 ak rindu la kat adik2 ak . so ak tipon la sorg2 . mula nan nafis . ak kol dier tanye kat mane . dier kate kat kelas . nga wat hafazan ! gle la adik ak tahfiz bai ! sumpah mantap . dier na masok tahfiz nie dgn kehendak dier sendiri . dier skolah rendah n menengah cm biase . but then form 4 tbe2 dier suarakan pendapat kat umi ak dier ckp na masok tahfiz . ak dlm hati *gle mantap kao nafis . haaaaa! nie ak balik dier ak beli buku dajjal! cmbesh je ak baru bace 6 m/s . hehe . hebat kao nafis

                         pastu ak kol zubir . zubir nie lepasan spm . now dier keje kilang kat sek 7 s.alam . kilang ape 2 ak ta amek port . ahahah . tp dier bagos . dier kje sbb na tlg family . lagipon result ta kuar lagi . so bek dier keje ! . ak kol la dier tnye kabar . ape2 sume la . pastu ak ckp kat dier . pape kol ak . lao ak leh payong ak payong .

                         last skali kol adik perempuan ak yang sorang nie . hehe . sayang ak kat adik pumpuan ak nie , makin dier besar makin ak sayang . yela dulu kecik2 mane na sayang . silap sikit mendapat adik ak penampar . skrang nie die da besar da. takan na tmpar2 lagi da . hehe . skarang da bf lagi 2 . dier study kat uitm puncak alam . tq asma . ade jugak adik bradik kte masok u ! . abg2 kao nie kurang bijak . ahahaha . suke betol umi bile kao masok u . ak yang merangkap abg kao nie pon rase bangge jgk :) . hehe . asma ak slalu pesan kat kao . jge dri . jge kesihatan . ape2 kol ak . text ak . ak abg kao , ak akn protect kao ta kre a ape pon jadi .

                    ak tipon adik2 ak je. abg2 ak mmg tak la ak na tipon . dorg pon ta tipon ak . ahaahah . along da nak kawin da . raye nie katenye , angah stillmengajar kat tahfiz n isterinya da balik rusia da *sangap la kao ngah . ahahaha  . naim baru dpt keje as a technician kt securiforce . lao ta silap ak la . keje dier repair mesin2 atm . hey kte sume da besar2 la . td tgk album lame . sengal je muke kte tym kecik2 ahahaha . ok now mase tok balas jasa umi walid . dorg da besarkan kte ., skrg kte besarkan dorg . ahahaha . jgn smpai obes suda . hahaha .

*umi ade ckp na wat filem sal family kteorang tajuknye "isteri dan menantu magic" hahahaha . sbr ye umi . besar ganjaran tok orang yang bersabar nie , hehehe



nie la family ak . hensem kan saye? tao da :)






            

Wednesday, February 2, 2011

v

org rase masih belum terlambat lao org na post bende nie . syg happy anni yg ke-7 . yeah!!! da 7 bulan kan kte . kejap je org rase . tup tap tup tap . gado-gado , baik-baik , majuk-majuk . tbe-tbe da 7bulan en .sayang dlm mase 7 bulan nie org rase org ade brubah siket . cm sayang ckp org da smakin garang . sori sgt2 syg . org pon prasan yg org makin garang . sori . garang org bukan bmksod benci awak . grg org mksod org syg awk . sayang da 7 bulan kite . alhamdulillah mmpu jgk sayang tahan nan org . hehe . ilysm sayang . org bsyukur dpt jumpe sayang . ta sangke en . ntah muncul celah mane ntah . tao2 da jadi awek orang . hehe . sayang awak sgt2 . sayang namo tggl org tao . org syg awk sgt2 . org caye nan awk , org ikhlas nan awk . org jujur nan awk . ta penah tlintas kat ati org na cari gf baru atau na scandal nan pumpuan lain . sbb awk da complete . so wat pe org na cari yang lain . cukup lah ade sayang . bia la sayang mcm mane pon . org ttp na syg . org slalu doa tok kte tao . smoge orang dijodohkan nan sayang , smoge kte berkekalan . (rindu trok) . kadang2 org sakitkan ati sayang . kadang2 org lukakan hati sayng . kadang2 org wat sayang nangis . org na sayang tao , yg orang ta bmaksod pon na wat cmtu . and everytym org wat cmtu . org nyesal . org na bahagiakan syg . bukan na lukakan syg , syg utk dsygi bukan tok dilukai . im srry syg . sayang. sayang jge diri elok2 tao . jge kesihatan . jgn selalu skip mkn . lao dmm makan ubt . minum air mask . dgn degil2 nan org . dgr ckp org . jd awek yg taat . t baru leh jd isteri solehah . en3 . heeee . neway happy 7th ani sayangku ,. hatim sayang sgt nan dyg amalina bte hussin .

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada
Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku
Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untukmu selalu


"i love u sayang"

a lp ha

bangun
sudah lame tertidur
sudah lama terlena
sudah byk mmbuang masa
bangun
kau sudah tua
sampai bila mahu berdosa
sudah dekat
makin lama makin dekat
bukan ia mendatang
kau yang mencari
apa kau buta
ia sementara
apa kau lupa
ada benda yg selamanya
smpai bila
smpai bila mahu terlena
mamai
alasan semata
benda tidak diketahui
apa diterima
apa di buat ta endah
kau siapa
siapa kau
lagak ibarat raja
borak ibarat wira
lupa?
lupa?
asek terlupa
tidurlah
tidur smpai kau puas
bangun bila kau mahu
dan kembali tidur semula

--

"Ya Allah kau tingkatkanlah tahap kesabaranku
kau tingkatkanlah darjatku disisimu
ku tingkatkanlah imanku"

selepas solat inilah doa yang slalu ak ucapkan . kerna ak tahu yang ak panas baran . tp bukan lah untuk satu tempoh yg lame . rupenye tahap kesabaran ak masih rendah . kadang2 ak ta mmpu mgawal sifat marah ku . Ya Allah ampunkan ak Ya Allah . ak sgt bdosa . ak mcarot . ak mgutuk . byk dose ak ya Allah . ya Allah kao terima la doa ku ya Allah . ak kotor ya Allah . jika malam nie malam terakhir ku berada di muka bumi ini ya Allah , kau matikanlah ak dlm keadaan org yg beriman ya Allah . kau jauhkanlah ak dari azab sakararulmaut , kau jauhkanlah ak dari azab kubur , kau jauhkanlah ak dari azab api nerakamu ya Allah . tp layakkah ak mendapat layanan sebegitu dari mu Ya Allah . layakkah ak . Ya Allah jika ini malam terakhir ku . kau peliharalah kedua ibu bapa ku . kau peliharalah adik beradik ku . kau peliharalah sahabat2 ku ya Allah . kau jauhkanlah mereka dari ujian mu yang besar ya Allah . kau jauhkanlah mereka dari melakukan segala larangan mu ya Allah , ya Allah ak memohon kepadamu . kau berikanlah kemaafan keatas diriku ya Allah .ak hambe mu yg hina lagi kotor . kau berikanlah kekuatan kepadaku supaya aku sentiasa beristiqamah di jalanmu ya Allah . kau tetapkan akidah ku ya Allah , janganlah kau pesongkan akidahku ya Allah . Ya Allah ak bermohon kepadamu . kau matikanlah ak dalam keadaan orang yang beriman ya Allah . dan kau bangkitkanlah ak kelak di akhirat bersama dgn golongan org yg beriman . kau peliharalah diriku ya Allah . kadang ak terleka akan keindahan dunia mu ini ya Allah . kadang ak mengeluh dgn ujian mu ya Allah , kadang ak marah dgn rahmatmu ya Allah . ape jenis hambe mu ini ya Allah . ya Allah kau terimalah doa ku ya Allah . kadang aku merasakan yang aku nie golongan munafik ya Allah . ya Allah kau jauhkanlah diriku dari menjadi org munafik dan fasik ya Allah , ya Allah banyak dosa ku ya Allah . banyak dosa ku . bukan saje bdose dgnmu ya Allah . malah ak bdose dgn sesama manusia ya Allah . ya Allah kau lembutkanlah hati mereka supaya mereka dapat memaafkan ku ya Allah . ak tidak mahu mereka mendakwaku di akhirat kelak ya Allah . ya Allah selamatkanlah hambe mu ini ya Allah . Allah selamatkanlah aku dgn ujian mu ya Allah . tetapkanlah di hatiku bahawa dunia ini sementara dan akhirat itu kekal selama lamanya . tlg la ya Allah aku takut dengan siksaan mu ya Allah . aku takut ak mati dalam keadaan hina yg Allah . ak lalai . kadang2 ak lupa yang kau maha melihat , Allah banyak dosa ak ya Allah . banyak ya Allah . terimalah doa aku ya Allah . janganlah kau abaikan diriku ya Allah .

unknown

ak ta suke bile kawan2 kao melucah nan kao . ak ta tao la dier yg melucah or ak yg pikir cmtu . hey ak da 21 la . ta pe la mybe ak salah . ak tao ble ak sound mmbe2 kao . kao akan marah . sbb bagi kao biase la bnde cmtu . mmbe2 en . bg ak . ak ta biase bnde 2 kalau nan kao . lao nan org len mgkin ak da biase . maafkan ak . kekolotan ak menjelikkan kao . benci ak terhadap org yg ckp cmtu kat kao menimbulkan kemarahan kao . maafkan ak . ak sayang kao . ak ta suke org ckp cmtu nan kao . tape la bg kao itu bukan satu kesalahan . ak yg sering menampakkan bende tu satu kesalahan , maafkan aku lagi sekali . maafkan ak .

ape nie???

ya. saya tembam. itu asset saya.


Putra Taffman HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA . Tembam kat mane tuh wei ? Hahahahaha

Dayang Amalina Hussin putra : bodoh! kat pp lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. bongokk. '-_- hahahahahah


ape nie awak . ape nie . sumpah org nangis pasal bnde nie je . ape nie . kenape smpai cmnie . ape nie .

mungkin bile org tanye awk . awk akan ckp "chill la dorg gurau je" . org ta leh trime gurauan cmnie . ape nie . ape nie

Sunday, January 23, 2011

practical

pergh! itu je da menampakkan kepayahan prac ak , paras weyh , keje da saing2 bangla da . job ta nak byk pulak , kate mubari company , company sound,lighting and truss yg terbesar kat kl nie . mmg melambak la keje dier . aritu ak kene wat keje kat ib . wat tok konsert jamal . 1st tym masok ib . ta penah terlintas kat otak ak na jejak ib . last2 dapat gak jejak . as a crew pulak 2 . mane2 tempat na masok pon leh . all-access la kate kan . dapat la tgk jamal dpn mate .sore dier mmg mantap .dancers kat situ pon mantap . ahahah . pastu ade wat job kat filem negara . job tok talk-show siti nuerhaliza . dapat la tgk siti secara live . alaa ta de la cun mane pon . cun lagi awek ak . ahaha . kteorg kene tapau keje kat situ , berkicap weyh . kol 1pagi jgk la balik . paling top skali wat keje tok ajl! mmg tok . dier punye kicap ta yah ckp la . paras sial! tapi dpt tag crew en . leh a tgk ramai artis secara dekat . niat di ati mmg na bgambar . tpi mmndangkan crew len chill je . so ta kan ak na bgmbar(ego padahal) pastu melepas . haih .kesimpulannye . prac nie mmg meletih kan!!!

ungrateful dick

nie cite brade kat tempat keje ak . brade nie mule2 ok . pastu lame2 prangai cm siak . dier bg command ala2 supevisor je , cte dier cmnie .sepatotnye ade keje kat corus hotel . ade wedding kat sane . so ade brade na minta tolong kiteorg yg dak2 prac nie la . pastu nan slmber dier ckap "dak prac 2 taleh harap" . macibai lu . kiteorg tolong lu sparoh mati , angkat speaker yang cket punye besar . kteorg meringankan keje kao , pastu kao ckp kteorg ta leh harap . lu ta da otak ke? selamat mud ak mantap haritu . lao ta mmg ak da tepet da org tua tu .sox2 ari pastu , mmpos ak wat bodo lao dier suro ak tlg . kate ta leh harap . asal minta tlg. bingai !