Tuesday, August 30, 2011

diam dan sabar

kata tidak selari dengan hati
tindak bertanduk menikam diri
berdiri jatuh bangun sendiri
apa mahu engkau begini dan cuba bertanya mengapa berdiri sedang kaki hanya ilusi?

Badan konon gagah mahu memaksa
tangan konon perkasa mahu berjasa
kaki memasang langkah tunjuk laksamana

terludah satu kenyataan bahawa kita semua sama

kerah tekak meluah segala isi
segala erti
segala apa rasa hati ini

apa kau temu?
Benci?

Apa kau rasa?
Puas?

Diam dan sabarlah

No comments:

Post a Comment