Sunday, July 24, 2011

imaginasi fantasiku

Aku menulis kerana jiwa , kerana rasa dan kerana aku dahaga dengan perasaanku , aku rasa semua sempit , panjang dan gelap .

Aku seorang dalam lorong itu , aku termenung , mendongak aku kearah langit , aku pejamkan mata dan bernafas aku dalam kiraan tiga . Aku sedari , rendah lompatan aku untuk menggapai bintang di langit .

Aku tersenyum sambil menangis , aku terdiam aku membatu , lalu aku cucuhkan sebatang rokok sebagai peneman kesunyian aku . Ku renung setiap kepulan asap , indah!

Aku ditegur angin , aku dimaki jasad . Hey ape korang nak ek?! Diam seribu bahasa , mungkin terkejut dengan makian aku ,

Aku menggenggam sebutir pasir di tanah dan ku lambung ke udara , tinggi dan terus menghilang . Ku lambung lagi sebutir dan aku terbang bersama sebutir pasir tadi . Tinggi terbanganku . Aku lihat awan seperti pelangi , berwarna warni . 0h indahnya! . Aku memilih awan berwarna pink kesukaannya . Aku tulis namanya diatas awan , aku cium dan ambil tulisan itu dan tiup ke udara , cantik layangannya .

Aku berjalan di atas awan dan cuba untuk berkawan dengan alam , ternyata ia tidak sombong .

Telahpun aku tinggalkan lorong sempit , panjang dan gelap itu dan pergi untuk berjalan diatas awan berwarna warni . Disaat kebahagiaan itu . Aku mahu kau bersama aku menikmati keindahan imaginasi fantasi keseoranganku :)

No comments:

Post a Comment