Saturday, July 9, 2011

keluhan kesakitan

Bersuara dipaksa diam
Diam tertunduk mulut mengomel
Dihentak ditendang sikaki bayang
Mencari pesalah dihentak meradang

Aku bimbang akan hilang diriku
Sedang dunia menjerit meminta kudratku
Aku sedar aku mampu
Aku bersuara aku kaku

Aku ditahan oleh jiwaku
Aku berlari bersama nafsuku
Akal memaksa berhenti
Takut jasad mati sendiri

Tuesday, July 5, 2011

dialogue

Keputusan harus dibuat
Masa bergerak meninggalkan aku
Sudah diajak borak . Tidak dihiraukan sapaan aku . Ceh meny0mb0ng
Keputusan harus dibuat .
Keputusan bukanlah jenis yang penyabar
Demi masa dan kedepan
Ah! Beri aku jalan!
Jalan dah ada tinggal kau pilih!
Mane nak pilih? Banyak nie!
Ade kecik , besar , luas , sempit !?

Keputusan harus dibuat
Cepatlah !
Buatlah keputusan!
Janganlah desak aku ! Bagi aku masa
.
Berapa lama?
Berapa lama masa yang kau perlukan?!
Sabarlah biar aku fikir.
Berapa lama!
Sekejap la . Sabar boleh tak?
0k .

(dua jam kemudian)

Berapa lama lagi?
Sekejap ! Tadi aku hampir jumpa
Dimana?
Sana! Eh tadi ada
Ah ilusi semata!
Ye ! Sungguh! Tadi aku jumpa!
Kalau begitu mana!
Sebentar nanti pasti ia kembali.
Mana!?
Mana!?
Mana!!?
Aku sudah tidak boleh menunggu
Masa sudah berdendam dengan aku!
Maaf!
Tidak diterima!
Mana?
Kejap!
Mana!?
Zalim sungguh engkau!
Ah peduli apa! Mana!?
Kau diam !!!
Aku diam?
Ye ! Kau diam!!
Baik! Aku diam.

arahanku

Setiap persimpangan telahpun aku sekat, aku sekat dengan erat ,
daging yang terkumpul yang dinamakan sebagai otak tidak dibenarkan untuk berputar ligat . Kerana itu adalah atas arahan aku . Maka si otak pun tunduk akur dengan arahanku . Aku buntu . Dengan tidak semena-mena kedua tanganku bergerak sendiri ke kepalaku . Belum sempat aku memarahi kedua tanganku . Dengan pantas ia menggerakkan jari-jemari untuk memicit kepalaku . "wah pandai betul kau mengambil hatiku" , berkata aku pada tanganku . Kedua tanganku tersenyum atas kata-kataku . Tetapi lain pula yang berlaku . si jari-jemari mula mencebik kearah ku sambil berkata "ah dia gerakkan aje ! Kami yang buat kau selesa" . Aku tersenyum . Lalu aku pun mencium jari-jemariku tanda terima kasih aku kepada mereka . Kelihatan jari-jemari amat terharu dengan tindakan aku . Kemudian , si otak yang ku arahkan supaya tidak berputar menunjukkan tanda-tanda pemberontakan . Aku cuba meninggikan suara dengan harapan si 0tak akan akur dengan arahan aku . Ternyata si otak tidak mengendahkan arahan aku . Sedang si otak berputar . Seluruh anggota badanku turut melakukan pemberontakan ,tangan yang tadi bersahabat dengan aku mula mengeluarkan kata-kata kesat , kaki mula mengeraskan otot-ototnya , jari-jemari kaki bergerak-gerak . Semua anggota badanku menunjukkan pemberontakan . Semuanya semakin biadap dengan ku . Puas aku memujuk mereka supaya mengikut arahanku . Cukup teguh pendirian mereka . Semua memaling kearahku . Semua melemparkan kata-kata kesat kearah ku . Ah! Aku sudah tewas . Aku tewas dengan anggotaku

Sunday, July 3, 2011

andai mampu terbang

sedih memang pedih
luka memang perih
sakit memang berdarah

aku

kelihatan seorang
kelihatan sesuatu
kelihatan sang haiwan

meminta secebis luahan
seulas perhatian
secubit  rasa untuk disimpan

tidak perlu banyak
takut termuntah
jangan hanya sedikit
takut kehausan

sederhana sahaja sudah mencukupi

mungkin tidak tepat masa?
mungkin tidak kena waktu?

Saturday, July 2, 2011

angan

Sudahlah
Susunan tidak diterima
Hamburan hanya seketika
Pejam kataku
Hilang bentakku

Besi disusun menjadi kayu
Dihentak patah lalu layu
Meleleh masuk ke setiap inci r0ngga

Tertutup siap !
Rapat !
Hingga tiada daya aku bgerak
Aku kaku !
Aku kaku dengan lelehan itu

hilanglah kau hilanglah

Coretkan semuanya diatas tulisan
Lukiskan semuanya dalam pemikiran
Hembuslah .
Dan biarkan ia diawang awangan
Ia terbang , terapung dan hilang dari pandangan .

Susun!

Jgnlah mengganggu!
Aku tidak mahu engkau!

Atur rapat-rapat!

Agar semuanya kelihatan kemas .
Biarkan aku tercampak dalam ruangan idaman aku .

Sudah puas hati ?

Senyumlah!
Indah bukan?

tidak terdaya bertapa

boleh berkata ,
boleh berdusta ,
smpai bila mahu kau berpaling
dgn dunia yang nyata .

Hdup tidak terlalu lama ,
semuanya hanya bersifat
sementara ,
sampai bila kau mahu berpaling
pada kebenaran?

Dongakkan kepalamu tanpa
samaran .
Tunjukkan segala konspirasi
konon cendekiawan ,
yang hanya disokong dan
disanjung oleh sang anjing yang
dianggap sebagai kawan .
Silakan menuju ke neraka wahai
sang lawan .

setiap simpang perkataan telah
pun ditawan
sudah lali dengan pergerakan
badan yang membawa
kecelakaan
mengertikah kau wahai sang
kawan?

mahu diturut , tidak pun di ikut
tidak dilawan mahupun
berkawan
belum sempat berjuang
sudahpun ditawan

perasankah??

terlihatkah??

pandanglah . renunglah . lihatlah
persoalan hanya mampu
diungkapkan , dihuraikan
mahupun diperdebatkan .
tapi tidak bisa untuk diselesaikan
Pulanglah..