Wednesday, July 13, 2011

sayang awak

ape-ape je lah!
Break!
Cari gf lain!

Ak benci perkataan nie

letih
bosan
penat

aku lemah dengan perkataan ini

rindu
cinta
sayang

aku paling suka perkataan ini

demam
batuk
selesema
sakit perot
sakit badan

syg jage kesihatan tau

p/s i love u

Monday, July 11, 2011

separuh dari akuseparuh dari aku

Kata tidak mencukupi . Senyuman memberi erti .
Supaya lebih mengasihi .
Ketahuilah hanya kamu yang ingin aku miliki

Separuh hati kamu , separuh hati aku .
Jika dicamtumkan akan menjadi kita . Tidak lengkap aku tanpa kamu .
Tidak lengkap kamu tanpa aku .

Bergeraknya bibir kamu . Sepenuh perhatian akan ku beri .
Setiap gelak tawa mu aku tersenyum puas .
Setiap rintihan kamu , pasti berkerut dahi ini .

Setiap kali kata cinta terluah darimu
Setiap kali itu aku tersenyum malu .

Setiap jeritan kamu , setiap keluhan kamu , setiap rungutan kamu
maafkan aku
kerana itu semua salahku

hey awak tahu ape erti kasih?
Kasih itu awak .
Awak tahu ape erti sayang?
Sayang itu orang .

Awak tahu kenapa org nak selalu ade nan awak?
Sebab awak sebahagian dari org .

Awak tahu kenapa org selalu rindu awak?
Sebab awak tak jumpe jalan kluar dari hati 0rg .

Awak tahu kenapa org nak awak jadi isteri org?
Sebab org da ta perlukan wanita lain jd isteri org

Awak tahu kenapa org rase org bertuah dapat awak?
Sebab org ta penah sebahagia nie .

Awak tahu kenapa walpaper org gambar awak?
Sebab tade gambar pumpuan lain . Hehe . Gurau . Sbb awak chentahati org . Supaya org boleh sentiasa tgk gmbr awk ble org nak . Kdg2 tu tipu diri sndri . Konon2 na tgk jam . Padahal na tgk gambar awk . Hehe

I l0ve u so much sayang <3

akulah sicacat

Aku menulis dengan minda
Aku melukis dengan mata
Aku mewarna dengan hati
Aku merasa tanpa lidah

Berjuta nota telah aku tulis
Lemas aku dalam tulisanku
Berjuta gambar telah aku lukis
Lumpuh aku dalam lukisanku
Berjuta pepejal telah aku warna
Semput aku dengan warnaku
Berjuta wajah telah aku rasa
Setiap satu rasa yang sangat berbeza

Akulah

Cacat rupa
Cacat kata
Cacat bahasa
Cacat segalanya

Saturday, July 9, 2011

konon mampu

Wah!
Sudah mmpu bdiri
Sudah mmpu menyanyi .

Wah!
bila mmpu bdiri ,
Kini kau sudah berlari?

Wah!
Semakin laju kau berlari ya?

Apa!
Kini kau sudah mampu terbang?
Hebatnya engkau .

Hati-hati !
Atas banyak ruang
Bawah banyak lubang

senyuman siang

kerja dimulakan .
Dengan berkat mentari pagi ,
tanpa perlu myuruh pergi.
sekeping kertas mjadi taruhan,
rezeki alam anugerah tuhan .

milik kita

Jika manisnya cinta terletak pada kita
Jika dalamnya rindu terletak pada rasa
Jika tingginya kasih terletak pada jiwa
Jika tebalnya sayang terletak pada mata

Apa gunanya kata-kata?

Tapi indahnya kata-kata?
Kata-kata yang mampu mengubat hati
Kata-kata yang menyakiti yang bisa mengguris sekepimg hati
Kata-kata yang mampu mempengaruhi emosi

Hebatnye kau kata-kata
hanya perlu dihalusi dengan suara dan intonasi
Tanpa menilai karakter dan latar peribadi

deria aku

Hujan terjun ingin membetul jasad
Angin meniup cuba menutupi telinga
Pokok melawan arahan angin
Roh menolak kehadiran jasad

Alam beserta tubuh memijak nafsu
Terbaring jasad akan kehendak alam
Hati menangis akan kerakusan nafsu
Nafsu puas akan kebodohan jasad

Anggota memberontak terhadap otak
Akal terdiam
Jasad meronta
Roh termenung

Aku membisik pada semua
Aku menangis tertunduk duka
Termenung
Tertiarap
Tersungkur pada dunia

Dunia menunduk
Langit mengharap
Bintang malap sinaran kelam

Aku sarap dengan diriku

Apa aku hilang rasaku?
Apa panca dan indera menorak diriku?
Apa semua membenci diriku?

Siapa aku!?